Followers

Wednesday, June 29, 2011

Personaliti anda pada T- shirt !!!!!

T-shirt  gambar tempat  dan unik


Mereka  yang gemar memakai T-shirt yang berlakarkan tempat seperti  Hard Rock café, New York dan sebagainya, kamu ternyata seorang yang adventure !! Kamu seorang yang berani mengambil risiko dan tidak takut bersendirian. Kamu tidak bergantung dengan orang lain dan sangat berdikari. Kamu juga berani dan tegas. Kamu juga seorang yg aktif dan tidak boleh duduk diam, seiring dengan mulut mu jua. Berceloteh setiap masa dan peramah.




T- shirt gambar personaliti  atau individu


Mesti kamu punya almari penuh dgn T-shirt dengan gambar penyanyi, pelakon or band pujaan. Kamu seorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain dan hanya bergaul dengan teman rapat sahaja. Kamu seorang yang degil, dan mahu menurut kehendak sendiri sahaja. Kamu tidak peduli dengan apa yang orang katakan tentang kamu. Namun, sikap pemurah kamu harus dipuji.




T-shirt Logo atau lambang



Selalunya dimonopoli oleh kaum lelaki,seperti adidas,nike, dan sebagainya. Kamu seorang yang mementingkan status. Kamu juga cerewet dalam berkawan. Siapa tidak kenal,tentu kamu digelar sombong. Namun  kamu seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa.kamu juga boros dalam berbelanja.


T-shirt gambar sekolah, IPTA dan IPTS




Ternyata kamu benar-benar menghargai tempat  dimana kamu belajar.Kamu seorang yang bijak dan sukakan kedamaian.Kamu juga seorang yang  pandai berbohong dan benci dengan suasana bising. Bagi kamu,semangat setia kawan amat menebal  dalam diri kamu. Jangan panggil kamu nerd kerana kamu matang berikir dan tidak mementingkan diri sendiri.Kamu rajin, tetapi kadang-kadang agak malas apabila berhadapan dengan perkara yang kamu tidak minat.


T-shirt gambar abstrak atau corak


Amat mementingkan sikap kekeluargaan. Bagi kamu, keluarga adalah segala-galanya. Kamu seorang yang berjiwa seni dan mempunyai bakat semula jadi. Ramai teman-teman menyenangi kamu,tetapi kamu tidak dapat dijangka anginnya. Kamu ada cita rasa yang hebat namun kamu seorang yang tidak pandai menjaga rahsia!!! Ooppps..




T-shirt gambar watak atau kartun





Kamu seorang yang open minded!! Kamu sudi diajak  berbincang, bersembang dan berjenaka. Padanlah ramai teman yang ingin berdampingan dengan kamu.Kamu terima pendapat orang lain dengan mudah.Sikap  Pemurah kamu harus dipuji. Kamu tidak mudah ambil hati atau merajuk. Kamu juga seorang  pencinta setia atau bukan pemain kayu tiga!!  Kamu juga nakal dan kamu juga celupar. Jaga sikit umlaut kamu agar ramai teman tidak menjadi satu.


T-shirt yang ketat-ketat



Kamu seorang yang dahagakan pujian orang ramai. Oleh kerana kamu sering tersenyum , Kamu juga seorang yang out-going dan happy go Lucky. Kerja kamu sering tertangguh lantaran sikap sambil lewa kamu. Kamu bijak, Baik hati, dan  tidak mudah mempercayai orang lain. Kamu sukar untuk dipengaruhi dan tidak boleh bertengkar. Jangan main-main dengan kamu, keran kamu seorang yang serius.



p/s HANYA RAMALAN SEMATA-MATA. HANYA KAMU YANG BOLEH MENILAINYA


Tuesday, June 21, 2011

Ustazah Pilihan ..AKAN DATANG DI OASIS



Setelah berjaya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa serta perhatian dunia menerusi Imam Muda, Astro Oasis terus mengorak langkah dengan membawakan pula sebuah siri pencarian ikon muslimah berjudul Ustazah Pilihan. Program yang dijangka bakal mencetuskan fenomena terbaru dalam dunia penyiaran yang bertujuan mencari pelapis kepada pekdakwah muda wanita ini akan memulakan sesi ujibakat tidak lama lagi.

Ustazah Pilihan merupakan sebuah program realiti terbaru Astro Oasis yang memaparkan para muslimah yang akan dibentuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan peranan sebagai pendidik, pembentuk dan pemimpin generasi akan datang yang mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang.

Idea menerbitkan Ustazah Pilihan ini tercetus rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan peluang yang setara kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka dalam aktiviti dakwah dengan pendedahan yang lebih kontemporari. Pembaharuan dakwah yang bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syara’ semestinya menjadi suatu kelainan yang akan menarik perhatian oleh masyarakat.

Sudah menjadi budaya di Astro Oasis untuk sentiasa memberikan program-program yang terkini dan relevan kepada para penonton. Malah, sejak diperkenalkan pada Oktober 2007, Astro Oasis sentiasa menjadi pelopor kepada program-program berunsur keagamaan dan kerohanian seperti Imam Muda dan Khabar Haji yang disampaikan dengan gaya yang lebih santai dan dekat dengan jiwa penonton. Ini secara tidak langsung akan mendekatkan lagi masyarakat khususnya generasi muda mendekatkan diri mereka dengan program yang bermanfaat dan berguna sebagai santapan rohani.Menerusi konsep program Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri. Mereka akan ditempatkan di ibukota untuk menjalani kursus melalui mata pelajaran yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka daripada aspek keagamaan yang turut merangkumi hal ehwal seperti teknologi, kewangan, kemasyarakatan dan kekeluargaan.

Mereka akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan. Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu – isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden Setiap minggu, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing dan dipantau oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).

Markah akan diberi kepada kumpulan dan juga individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang bakal dilaksanakan setiap minggu. Kumpulan terbaik akan menerima ganjaran atau galakkan yang akan menambah motivasi mereka. Manakala, kumpulan yang satu lagi akan diberi tugasan tambahan yang juga juga mampu memberikan motivasi serta keyakinan untuk menjadi lebih baiklagi di tugasan akan datang.

Pihak Astro turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak Bank Islam atas kesudian menjadi Penaja Utama untuk program Ustazah Pilihan. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan sekali lagi bekerjasama untuk menjayakan program keislaman dan kerohanian terbaru ini. Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak amat bermakna dan menyuntik semangat untuk terus berusaha menerbitkan program-program seperti ini

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang pendakwah dan menjadi ikon muslimah masakini, dijemput hadir ke sesi temuduga yang akan diadakan seperti berikut dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang:

9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg. Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu, Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R. Kelayakan minimum sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Siri pencarian USTAZAH PILIHAN ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) bermula 1 Oktober 2011. Butir-butir lanjut mengenai program-program akan diumum pada sidang media akan datang.

Sunday, June 19, 2011

Mari menari bersama !!!! MARI MENARI 2

Satu program hiburan program realiti menari yang menampilkan pasangan dari kalangan orang biasa dengan latar belakang yang berbeza dan berwarna – warni, melakukan sesuatu yang luar biasa dari rutin harian mereka. Demi mengejar satu impian, mereka menyahut cabaran untuk beraksi menunjukkan kehebatan mereka menari di hadapan jutaan khalayak ramai/penonton TV.

Peserta-peserta ini akan dibantu oleh 2 orang koreografer terkenal iaitu Ray dan Belalang di mana mereka akan membentuk 2 kumpulan masing-masing dianggotai oleh 5 pasangan di bawah kumpulan Ray dan Belalang. Mereka juga akan mendapat khidmat koreografer yang akan di berikan oleh Ray dan Belalang untuk memberi mereka latihan koreografi sebelum hari persembahan.

Pasangan-pasangan yang terpilih akan diberi tempoh selama 3 hari sahaja untuk berlatih dan bersiap sedia bagi persembahan mingguan mereka. Mereka ini akan terpaksa mengimbangi tugasan harian mereka dan juga tanggungjawab di rumah untuk memenuhi kehendak jadual latihan selama 20 jam setiap minggu (termasuk hari rakaman pertandingan di studio TV).

Cabaran di lantai menari ialah untuk memukau panel juri dan juga para penonton, di mana pihak juri akan bertanggungjawab untuk memberikan markah dan sekaligus ia menentukan pasangan mana yang akan meninggalkan pertandingan setiap Sabtu dan Ahad. Pasangan yang paling rendah markahnya di setiap hari pertandingan(Sabtu dan Ahad) akan disingkirkan. Tugasan tarian akan bertambah sukar dan tambah mencabar. Program ini akan menampilkan laluan para peserta, mengharungi pahit getir pertandingan dalam mereka menuju ke satu matlamat, untuk menjadi Juara Mari Menari!

Peserta-peserta

Faidz & Asmah (suami isteri)MM faiz


Umar & Norny (kakak & adik)MM nita


Bibi & Azree (ibu & anak) MM bibi




Hedzer & Azlin (suami isteri) MM Azlin


Razman & Helta (suami isteri) MM razman




Hairul & zilla (adik & kakak) MM ummi



Arziwan & Azirah (abang & adik) MM wan




Tarmizi & Amanina (bapa & anak )MM mizi




Shazrul & Sarah (adik & kakak )MM sarah




Faizule & Norazilina (suami isteri)MM nora

Info program

MARI MENARI (Tirai)
Rancangan 'Showcase' para peserta Mari Menari Musim ke 2, menari untuk pertama kali.



17 Jun 2011
9pm-10.30pm
Astro Ria (saluran 104)

MARI MENARI
Para peserta berentap di lantai Mari Menari. Akan di adili oleh juri-juri professional. Di akhir program ini, akan berlaku penyingkiran.


Bermula pada 18 & 19 Jun setiap Sabtu dan Ahad
Astro Ria (saluran 104)

JANGAN LUPE VOTE DIAORANG YANG MASIH BERENTAPP!!!!



















Friday, June 17, 2011

Hantu !! mana Hantu !!!


Pontianak / kuntilanak

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat melayu, Hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Pocong


Dengan kedatangan agama hindu dan buddha ,konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.
hantu kum kum

Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya ketika bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati. Berdasarkan gambaran umum (tidak semestinya tepat kebenarannya),kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap Darah.
ditangkap dan disimpan dalam botol


jenglot

Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini .Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :
1.  PONTIANAK
2.   POLONG
3.    Toyol
4.    Pelesit
5.    Hantu Air/ Hantu Laut
6.    Hantu Raya
7.    Hantu Bungkus/ Pocong/ Hantu Punjut
8.    Langsuir
9.    Bota
10. Bajang
11. Bunian
12. Hantu Jepun
13. Hantu Bukit
14. Hantu Kubur
15. Pari-pari
16. Jerangkung
17. Hantu Galah
18. Jin Tanah
19. Hantu Keramat
20. Hantu Kum-Kum
21. Orang Minyak
22. Puaka
23. Penanggalan/ Hantu Tenggelong
24. Hantu Bidai
25. Hantu Tetek/ Hantu Kopek
26. Harimau Jadian
27. Jembalang Tanah

Yang picture kat bawah ni bukan hantu k!!! korang taulah sapekan??hikhik








Saturday, June 11, 2011

teMpat- tempat beli belah kat Bandaraya Kuching!!!!

Aku nak kongsikan cket ttg tmpt beli belah yg ade kat  kuching nie..


BouleVard Kuching

Open to public after  The spring bukak beberapa bulan kemudian… tapi shopping mall nie jaoh cket.. kat Batu 3 ..tp..macam 2 ader kat sinie… shopping mall nie jugak besar nak mampos,,  tapi skang nie ade pembinaan hotel kat sebelah boulevard..boulevard hotel..




tHe Spring Shopping Mall

mula dirasmi dan open to public  pada  10 Januari 2008. Merupakan shopping complex yg terbesar di Sarawak and Kuching ,,terletak at JAlan simpang tiga ..TEmpat ni dekat jer dgn skolah aku mase form 6.. purh..besar giler.. 1st time dulu g situ aku pandai pulak tersesat..p skang ni dah ok… kat sini ade tempat mkn,kedai serbaneka,, pawagam ..and byk lagi lah…huhu..





The Hills

Shopping Mall yg  satu2 nye terletak kat atas bukit kat bukit mata kuching.. shopping mall nie bru jer bukak.. purh..1st class doeh… coz kat atas shopping mall nie ader pulak hotel  5 bintang ..dr  atas hotel nie pulak Nampak dgn jelas pemandangan kat seluruh kuching..yg jelas skali waterfront..




Sarawak Plaza

Kite org Sarawak panggil tempat nie SP..haha..slalu pulak lepak2 kat cnie..shopping mall nie dah lame gak ,,tp dah d renovate,,macam2  ader kat sinie…




Riverside parkson

Shopping complex yg terletak kat tgh2 pasar kat Bandaraya Kuching, berhadapan dgn WATERFRONT …kat sinie ader jugak pawagam.,,tempat maen boling..and byk lagi…



Tun Jugah

Kite Panggil tempat nie as T.J … shopping mall yg dekat dgn riverside parkson and Sarawak plaza.. kat sini brg mahal doe… makan2 boleh la….and..kerusi urot!!!!! :D



Crown  tower

Dekat dgn umah aku…dekat jugak dengan majlis bandaraya kuching selatan.. macam2 ada!!!

Others….



India street

Terkenal dgn barang2 moorraahhhhhh!!!!





Carpenter street

Lorong tempat bniaga yg monopolinya dikuasai oleh kaum cina.. tempat nie best,,ade tmpat bersejarah..


wisma satok




Shopping mall yg akan datang!!!!!




The summer

Shopping mall yg kini dalam pembinaan,,, and dekat dgn kampus timur UNIMAS!!! Nanti pat la hari2 lepak at sinie…



St3 shopping Mall

Tgh dalam pembinaan..st3 atau simpang tiga coz terletak at simpang tiga and bedekatan dgn The Spring ,,,dengar2 diaorang nak buat jejantas dr shopping mall bru nie utk pergi ke spring shopping mall,,,







mY home Town

mY home Town

serangkai dengannya~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog