Followers

Friday, June 17, 2011

Hantu !! mana Hantu !!!


Pontianak / kuntilanak

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat melayu, Hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Pocong


Dengan kedatangan agama hindu dan buddha ,konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.
hantu kum kum

Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya ketika bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati. Berdasarkan gambaran umum (tidak semestinya tepat kebenarannya),kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap Darah.
ditangkap dan disimpan dalam botol


jenglot

Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini .Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :
1.  PONTIANAK
2.   POLONG
3.    Toyol
4.    Pelesit
5.    Hantu Air/ Hantu Laut
6.    Hantu Raya
7.    Hantu Bungkus/ Pocong/ Hantu Punjut
8.    Langsuir
9.    Bota
10. Bajang
11. Bunian
12. Hantu Jepun
13. Hantu Bukit
14. Hantu Kubur
15. Pari-pari
16. Jerangkung
17. Hantu Galah
18. Jin Tanah
19. Hantu Keramat
20. Hantu Kum-Kum
21. Orang Minyak
22. Puaka
23. Penanggalan/ Hantu Tenggelong
24. Hantu Bidai
25. Hantu Tetek/ Hantu Kopek
26. Harimau Jadian
27. Jembalang Tanah

Yang picture kat bawah ni bukan hantu k!!! korang taulah sapekan??hikhik








2 comments:

mY home Town

mY home Town

serangkai dengannya~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

Search This Blog