Followers

Sunday, June 19, 2011

Mari menari bersama !!!! MARI MENARI 2

Satu program hiburan program realiti menari yang menampilkan pasangan dari kalangan orang biasa dengan latar belakang yang berbeza dan berwarna – warni, melakukan sesuatu yang luar biasa dari rutin harian mereka. Demi mengejar satu impian, mereka menyahut cabaran untuk beraksi menunjukkan kehebatan mereka menari di hadapan jutaan khalayak ramai/penonton TV.

Peserta-peserta ini akan dibantu oleh 2 orang koreografer terkenal iaitu Ray dan Belalang di mana mereka akan membentuk 2 kumpulan masing-masing dianggotai oleh 5 pasangan di bawah kumpulan Ray dan Belalang. Mereka juga akan mendapat khidmat koreografer yang akan di berikan oleh Ray dan Belalang untuk memberi mereka latihan koreografi sebelum hari persembahan.

Pasangan-pasangan yang terpilih akan diberi tempoh selama 3 hari sahaja untuk berlatih dan bersiap sedia bagi persembahan mingguan mereka. Mereka ini akan terpaksa mengimbangi tugasan harian mereka dan juga tanggungjawab di rumah untuk memenuhi kehendak jadual latihan selama 20 jam setiap minggu (termasuk hari rakaman pertandingan di studio TV).

Cabaran di lantai menari ialah untuk memukau panel juri dan juga para penonton, di mana pihak juri akan bertanggungjawab untuk memberikan markah dan sekaligus ia menentukan pasangan mana yang akan meninggalkan pertandingan setiap Sabtu dan Ahad. Pasangan yang paling rendah markahnya di setiap hari pertandingan(Sabtu dan Ahad) akan disingkirkan. Tugasan tarian akan bertambah sukar dan tambah mencabar. Program ini akan menampilkan laluan para peserta, mengharungi pahit getir pertandingan dalam mereka menuju ke satu matlamat, untuk menjadi Juara Mari Menari!

Peserta-peserta

Faidz & Asmah (suami isteri)MM faiz


Umar & Norny (kakak & adik)MM nita


Bibi & Azree (ibu & anak) MM bibi




Hedzer & Azlin (suami isteri) MM Azlin


Razman & Helta (suami isteri) MM razman




Hairul & zilla (adik & kakak) MM ummi



Arziwan & Azirah (abang & adik) MM wan




Tarmizi & Amanina (bapa & anak )MM mizi




Shazrul & Sarah (adik & kakak )MM sarah




Faizule & Norazilina (suami isteri)MM nora

Info program

MARI MENARI (Tirai)
Rancangan 'Showcase' para peserta Mari Menari Musim ke 2, menari untuk pertama kali.



17 Jun 2011
9pm-10.30pm
Astro Ria (saluran 104)

MARI MENARI
Para peserta berentap di lantai Mari Menari. Akan di adili oleh juri-juri professional. Di akhir program ini, akan berlaku penyingkiran.


Bermula pada 18 & 19 Jun setiap Sabtu dan Ahad
Astro Ria (saluran 104)

JANGAN LUPE VOTE DIAORANG YANG MASIH BERENTAPP!!!!



















No comments:

Post a Comment

mY home Town

mY home Town

serangkai dengannya~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

Search This Blog