T-shirt gambar tempat dan unik
Mereka yang gemar memakai T-shirt yang berlakarkan tempat seperti Hard Rock café, New York dan sebagainya, kamu ternyata seorang yang adventure !! Kamu seorang yang berani mengambil risiko dan tidak takut bersendirian. Kamu tidak bergantung dengan orang lain dan sangat berdikari. Kamu juga berani dan tegas. Kamu juga seorang yg aktif dan tidak boleh duduk diam, seiring dengan mulut mu jua. Berceloteh setiap masa dan peramah.
T- shirt gambar personaliti atau individu
Mesti kamu punya almari penuh dgn T-shirt dengan gambar penyanyi, pelakon or band pujaan. Kamu seorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain dan hanya bergaul dengan teman rapat sahaja. Kamu seorang yang degil, dan mahu menurut kehendak sendiri sahaja. Kamu tidak peduli dengan apa yang orang katakan tentang kamu. Namun, sikap pemurah kamu harus dipuji.
T-shirt Logo atau lambang
Selalunya dimonopoli oleh kaum lelaki,seperti adidas,nike, dan sebagainya. Kamu seorang yang mementingkan status. Kamu juga cerewet dalam berkawan. Siapa tidak kenal,tentu kamu digelar sombong. Namun kamu seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa.kamu juga boros dalam berbelanja.
T-shirt gambar sekolah, IPTA dan IPTS
Ternyata kamu benar-benar menghargai tempat dimana kamu belajar.Kamu seorang yang bijak dan sukakan kedamaian.Kamu juga seorang yang pandai berbohong dan benci dengan suasana bising. Bagi kamu,semangat setia kawan amat menebal dalam diri kamu. Jangan panggil kamu nerd kerana kamu matang berikir dan tidak mementingkan diri sendiri.Kamu rajin, tetapi kadang-kadang agak malas apabila berhadapan dengan perkara yang kamu tidak minat.
T-shirt gambar abstrak atau corak
Amat mementingkan sikap kekeluargaan. Bagi kamu, keluarga adalah segala-galanya. Kamu seorang yang berjiwa seni dan mempunyai bakat semula jadi. Ramai teman-teman menyenangi kamu,tetapi kamu tidak dapat dijangka anginnya. Kamu ada cita rasa yang hebat namun kamu seorang yang tidak pandai menjaga rahsia!!! Ooppps..
T-shirt gambar watak atau kartun
Kamu seorang yang open minded!! Kamu sudi diajak berbincang, bersembang dan berjenaka. Padanlah ramai teman yang ingin berdampingan dengan kamu.Kamu terima pendapat orang lain dengan mudah.Sikap Pemurah kamu harus dipuji. Kamu tidak mudah ambil hati atau merajuk. Kamu juga seorang pencinta setia atau bukan pemain kayu tiga!! Kamu juga nakal dan kamu juga celupar. Jaga sikit umlaut kamu agar ramai teman tidak menjadi satu.
T-shirt yang ketat-ketat
Kamu seorang yang dahagakan pujian orang ramai. Oleh kerana kamu sering tersenyum , Kamu juga seorang yang out-going dan happy go Lucky. Kerja kamu sering tertangguh lantaran sikap sambil lewa kamu. Kamu bijak, Baik hati, dan tidak mudah mempercayai orang lain. Kamu sukar untuk dipengaruhi dan tidak boleh bertengkar. Jangan main-main dengan kamu, keran kamu seorang yang serius.
p/s HANYA RAMALAN SEMATA-MATA. HANYA KAMU YANG BOLEH MENILAINYA
kalau t-shirt plain cmner lak tu
ReplyDeletehahaha..lupe pulak nak post pasal tu..kalo plain xde perasaan langsong kot...hihihi..:P
ReplyDelete