Followers

Wednesday, June 29, 2011

Personaliti anda pada T- shirt !!!!!

T-shirt  gambar tempat  dan unik


Mereka  yang gemar memakai T-shirt yang berlakarkan tempat seperti  Hard Rock café, New York dan sebagainya, kamu ternyata seorang yang adventure !! Kamu seorang yang berani mengambil risiko dan tidak takut bersendirian. Kamu tidak bergantung dengan orang lain dan sangat berdikari. Kamu juga berani dan tegas. Kamu juga seorang yg aktif dan tidak boleh duduk diam, seiring dengan mulut mu jua. Berceloteh setiap masa dan peramah.




T- shirt gambar personaliti  atau individu


Mesti kamu punya almari penuh dgn T-shirt dengan gambar penyanyi, pelakon or band pujaan. Kamu seorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain dan hanya bergaul dengan teman rapat sahaja. Kamu seorang yang degil, dan mahu menurut kehendak sendiri sahaja. Kamu tidak peduli dengan apa yang orang katakan tentang kamu. Namun, sikap pemurah kamu harus dipuji.




T-shirt Logo atau lambang



Selalunya dimonopoli oleh kaum lelaki,seperti adidas,nike, dan sebagainya. Kamu seorang yang mementingkan status. Kamu juga cerewet dalam berkawan. Siapa tidak kenal,tentu kamu digelar sombong. Namun  kamu seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa.kamu juga boros dalam berbelanja.


T-shirt gambar sekolah, IPTA dan IPTS




Ternyata kamu benar-benar menghargai tempat  dimana kamu belajar.Kamu seorang yang bijak dan sukakan kedamaian.Kamu juga seorang yang  pandai berbohong dan benci dengan suasana bising. Bagi kamu,semangat setia kawan amat menebal  dalam diri kamu. Jangan panggil kamu nerd kerana kamu matang berikir dan tidak mementingkan diri sendiri.Kamu rajin, tetapi kadang-kadang agak malas apabila berhadapan dengan perkara yang kamu tidak minat.


T-shirt gambar abstrak atau corak


Amat mementingkan sikap kekeluargaan. Bagi kamu, keluarga adalah segala-galanya. Kamu seorang yang berjiwa seni dan mempunyai bakat semula jadi. Ramai teman-teman menyenangi kamu,tetapi kamu tidak dapat dijangka anginnya. Kamu ada cita rasa yang hebat namun kamu seorang yang tidak pandai menjaga rahsia!!! Ooppps..




T-shirt gambar watak atau kartun





Kamu seorang yang open minded!! Kamu sudi diajak  berbincang, bersembang dan berjenaka. Padanlah ramai teman yang ingin berdampingan dengan kamu.Kamu terima pendapat orang lain dengan mudah.Sikap  Pemurah kamu harus dipuji. Kamu tidak mudah ambil hati atau merajuk. Kamu juga seorang  pencinta setia atau bukan pemain kayu tiga!!  Kamu juga nakal dan kamu juga celupar. Jaga sikit umlaut kamu agar ramai teman tidak menjadi satu.


T-shirt yang ketat-ketat



Kamu seorang yang dahagakan pujian orang ramai. Oleh kerana kamu sering tersenyum , Kamu juga seorang yang out-going dan happy go Lucky. Kerja kamu sering tertangguh lantaran sikap sambil lewa kamu. Kamu bijak, Baik hati, dan  tidak mudah mempercayai orang lain. Kamu sukar untuk dipengaruhi dan tidak boleh bertengkar. Jangan main-main dengan kamu, keran kamu seorang yang serius.



p/s HANYA RAMALAN SEMATA-MATA. HANYA KAMU YANG BOLEH MENILAINYA


2 comments:

  1. hahaha..lupe pulak nak post pasal tu..kalo plain xde perasaan langsong kot...hihihi..:P

    ReplyDelete


mY home Town

mY home Town

serangkai dengannya~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog